Kemas kini terakhir pada: 18/06/2025
Untuk penyertaan dalam Panel Ipsos iSay ("Terma dan Syarat")
Untuk menjadi ahli Panel Ipsos iSay ("Panel"), panel pengguna Ipsos di seluruh dunia, yang dikendalikan oleh Ipsos Sdn Bhd ("Ipsos" atau "kami"), yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Ipsos, anda perlu menjadi pemastautin Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan menerima Terma dan Syarat ini ("Ahli Panel" atau "anda"). Kami menawarkan Ahli Panel kami peluang untuk menyertai dalam ujian hari ini dan penilaian perkhidmatan dan produk untuk hari esok dan menyuarakan pendapat anda mengenai pelbagai isu. Suara anda mewakili suara beribu-ribu orang!
Dengan menerima Terma dan Syarat ini, anda mengesahkan bahawa anda layak untuk menjadi Ahli Panel dan bersetuju untuk memberitahu Ipsos dengan segera mengenai sebarang peristiwa yang boleh menjejaskan kelayakan anda sebagai Ahli Panel.
Ipsos Sdn Bhd ("Syarikat") ialah sebuah syarikat liabiliti sendirian berhad, diperbadankan dan berdomisil di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2016 dengan nombor Pendaftaran Syarikat: 912941-X. Pejabat berdaftar Syarikat terletak di Aras 10, Menara LGB, 1, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia. Tempat perniagaan utama Syarikat terletak di Tingkat 23, Centrepoint North, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Kandungan
- 1. Menyertai Panel
- 2. Penggunaan Maklumat Peribadi Anda
- 3. Dasar E-mel
- 4. Pendaftaran Maklumat Latar Belakang
- 5. Bagaimanakah Panel ini Berfungsi?
- 6. Penggunaan dan Penyertaan yang Boleh Diterima
- 7. Privasi Kanak-kanak
- 8. Memberi Ganjaran kepada Anda kerana Menjawab Tinjauan Dalam Talian
- 9. Kuki, Cap Jari Digital, Data Peranti dan Maklumat Lain pada Peranti Anda
- 10. Notis Kerahsiaan
- 11. Harta Intelek
- 12. Idemniti dan Batasan Liabiliti
- 13. Syarat Penyertaan
- 14. Penamatan/Ketidakaktifan Keahlian
- 15. Bidang kuasa
- 16. Hubungi Kami
1. Menyertai Panel
Tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di atas, semua orang bebas memohon keahlian di dalam Panel untuk mengambil bahagian dalam peluang tinjauan dan aktiviti penyelidikan yang disediakan oleh Ipsos. Dengan menjadi Ahli Panel, anda bersetuju untuk menerima jemputan dan/atau pemberitahuan untuk mengambil bahagian dalam tinjauan dan aktiviti penyelidikan lain. Walau bagaimanapun, kami berhak untuk menolak keahlian, tanpa sebarang keperluan untuk memberikan alasan kepada penolakkan tersebut.
Keahlian terbuka kepada pekerja Kumpulan Ipsos, tertakluk dan berdasarkan keputusan dan peraturan dalaman Kumpulan Ipsos. Keahlian tidak terbuka kepada ahli keluarga terdekat atau saudara-mara pekerja Kumpulan Ipsos.
2. Penggunaan Maklumat Peribadi Anda
Maklumat peribadi atau maklumat yang dikumpul tentang anda akan dianggap sebagai sulit sepenuhnya dan mengikut kesemua undang-undang dan peraturan yang berkenaan termasuk yang berkaitan dengan privasi dan perlindungan data. Dasar Privasi Panel kami menerangkan bagaimana kami memproses maklumat anda yang kami kumpulkan, apabila anda menyertai Panel kami, mengambil bahagian dalam peluang tinjauan dan aktiviti penyelidikan atau menggunakan laman web kami atau aplikasi mudah alih kami. Dasar Privasi Panel kami ialah sebahagian daripada Terma dan Syarat ini. Semak Dasar Privasi penuh di sini (termasuk Dasar Kuki kami ).
Sebagai sebahagian daripada usaha ini, kami berjanji bahawa:
• Selain yang berhubung dengan Panel ini, kami tidak akan cuba menjual apa-apa kepada anda atau menyampaikan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga untuk tujuan pemasaran atau jualan.
• Respons individu anda terhadap tinjauan akan diproses mengikut cara yang akan memastikan privasi dan keselamatan yang sesuai dan hanya akan digunakan secara berkumpulan dengan respons sulit lain, melainkan anda secara jelas bersetuju sebaliknya.
• Keengganan untuk menjawab soalan tertentu dalam tinjauan yang anda dijemput atau penolakan untuk mengambil bahagian dalam tinjauan tidak akan membawa kesan terhadap keahlian anda.
• Anda boleh meminta untuk dikeluarkan daripada Panel dan menamatkan keahlian anda pada bila-bila masa atau memilih untuk keluar melalui proses yang diterangkan di bawah bahagian Penamatan/Ketidakaktifan Keahlian.
3. Dasar E-mel
Memandangkan anda telah mendaftar secara sukarela di dalam Panel dan mengesahkan alamat e-mel anda , anda tidak boleh menandakan e-mel atau komunikasi lain yang diterima daripada kami sebagai spam atau komunikasi yang tidak diminta, dan anda mungkin bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang berlaku kepada Ipsos.
Bergantung pada tetapan keselamatan peti mel anda, jemputan tinjauan yang anda terima daripada kami mungkin dihalakan ke mel bulk / junk anda atau folder yang serupa. Untuk mengelakkan ini, sila tambahkan alamat [email protected] pada buku alamat anda.
4. Pendaftaran Maklumat Latar Belakang
Berkenaan dengan analisis statistik yang disampaikan oleh Ipsos kepada kliennya, Ipsos memerlukan maklumat demografi dan peribadi tertentu tentang anda, termasuk maklumat sulit dan/atau sensitif, seperti pendapatan anda.
Memberikan maklumat peribadi ini kepada Ipsos adalah syarat untuk penyertaan di dalam mana-mana tinjauan kerana kami tidak dapat menentukan sama ada penyertaan anda dalam mana-mana tinjauan akan memenuhi kriteria tinjauan tersebut. Kami juga meminta beberapa perincian asas tentang isi rumah dan anak-anak yang mungkin anda miliki dan dimana anda adalah ibu bapa/penjaga yang sah.
Semasa proses pendaftaran dan semasa penyertaan anda di dalam tinjauan penyelidikan kami, anda bersetuju untuk memberikan hanya maklumat yang benar, tepat dan lengkap serta bersetuju untuk mengemas kini maklumat berkaitan akaun Panel yang anda bekalkan untuk memastikan ia kekal terkini dan tepat.
Setiap orang berhak untuk membuka, menggunakan dan mengekalkan pendaftaran Panel menerusi hanya satu (1) akaun, dan akaun itu didedikasikan dan khusus untuk individu yang telah mendaftar untuk keahlian panel. Setelah didaftarkan ke Panel, keahlian tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana individu atau entiti lain.
Ipsos berhak untuk membenarkan hanya satu (1) akaun atau hanya beberapa akaun untuk digunakan dalam isi rumah yang sama, untuk penyertaan dalam tinjauan atau aktiviti penyelidikan tertentu.
5. Bagaimanakah Panel ini Berfungsi?
Ahli Panel akan menerima pautan jemputan tinjauan yang berkaitan melalui e-mel, SMS atau komunikasi elektronik lain daripada Ipsos (mengikut keutamaan yang anda tetapkan di dalam akaun anda). Tiada kewajipan untuk anda menjawab sebarang tinjauan, penyertaan anda adalah sentiasa secara sukarela. Setiap tinjauan hanya perlu dijawab sekali sahaja. Sila jangan tandakan e-mel, SMS atau komunikasi elektronik lain yang diterima daripada Ipsos iSay sebagai spam, supaya anda boleh terus menerima pautan jemputan tinjauan. Ipsos tidak terikat untuk menghantar tinjauan kepada semua Ahli Panel untuk setiap tinjauan baru; Ipsos juga tidak boleh menjamin bilangan minimum atau maksimum tinjauan dalam setahun.
Ipsos telah mengambil langkah keselamatan data yang tinggi. Namun, sekiranya sebarang virus muncul di dalam medium komunikasi yang dihantar kepada anda, Ipsos tidak bertanggungjawab di atas akibat yang mungkin berlaku disebabkan kes sedemikian dan seterusnya tiada pampasan yang boleh dituntut daripada Ipsos di atas alasan ini.
6. Penggunaan dan Penyertaan yang Boleh Diterima
Apabila tersedia, sebagai Ahli Panel anda juga akan mempunyai akses kepada komuniti ahli dan ciri interaksi sosial yang lain. Anda memahami bahawa sebarang mesej, pendapat, maklumat, gambar atau apa-apa bahan lain yang digunakan, disiarkan, dimuat naik dan/atau diserahkan oleh anda atau Ahli Panel lain adalah tanggungjawab sepenuhnya orang yang menyiarkan bahan/kandungan tersebut. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyiarkan atau memuat naik sebarang bahan yang:
- Menyalahi undang-undang. Hal ini termasuk kandungan atau sebarang mesej yang mempromosikan atau membincangkan aktiviti haram atau menggalakkan orang lain untuk melakukannya.
- Bersifat kesat, lucah atau unsur kebencian. Hal ini termasuk penggunaan bahasa, maklumat atau imej. Perkataan seperti carutan (contoh: "f__k") dianggap bersamaan dengan carutan yang sebenar.
- Mengancam, mengganggu, tulisan berbaur fitnah atau pernyataan fitnah sama ada di antara Ahli Panel atau ditujukan kepada moderator Ipsos atau pekerja Ipsos yang lain.
- Mencetuskan kebencian atau keganasan.
- Bersifat pentaksub, perkauman, etnik, seksual atau menyinggung perasaan.
- Merupakan mesej politik atau agama yang tidak bersesuaian.
- Dijana oleh atau dengan sebarang input daripada mana-mana sistem atau teknologi kecerdasan buatan.
- Diperoleh melalui perlombongan data automatik, melalui penggunaan labah-labah, robot dan/atau teknik lain yang serupa atau digunakan untuk memanipulasi keputusan mana-mana tinjauan dan/atau cabutan hadiah.
- Menggunakan sebarang tindakan untuk mengganggu platform atau tinjauan termasuk tetapi tidak terhad kepada membebankan, membanjiri dan/atau mengganggu sebarang aplikasi.
- Bertujuan untuk mengiklankan atau memasarkan apa-apa barangan atau perkhidmatan.
- Mengandungi virus, fail rosak, "Trojan Horses" atau sebarang kod berbahaya dan/atau perisian pengintipan yang lain.
- Mengandungi maklumat peribadi anda atau butiran peribadi orang lain.
- Dimiliki oleh atau di bawah hak cipta orang lain.
Ianya adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa Ipsos tidak menyaring sebarang maklumat yang disiarkan oleh Ahli Panel.
Walau bagaimanapun, Ipsos berhak untuk menurunkan sebarang kandungan yang disiarkan oleh Ahli Panel pada bila-bila masa.
Dengan menyerahkan respons anda, anda mengesahkan bahawa ia sepenuhnya terdiri daripada idea asal dan ekspresi linguistik anda semata-mata, melainkan dinyatakan sebaliknya secara jelas, dan anda secara jelas bersetuju untuk tidak meniru atau mengubahsuai kandungan yang terdapat dalam bahan hak cipta, maklumat yang diperoleh daripada laman web atau sumber lain, atau input yang dijana oleh sistem atau teknologi kecerdasan buatan. Respons yang dikenal pasti sebagai berkemungkinan mempunyai unsur plagiat atau dicipta dengan bantuan sistem atau teknologi kecerdasan buatan, adalah tertakluk kepada penghapusan dan boleh membawa kepada penamatan keahlian anda, bersama kesan secara langsung kehilangan hak untuk sebarang ganjaran dan/atau mata ganjaran yang berkaitan dengan aktiviti yang mempunyai unsur plagiat atau sebaliknya dicipta dengan bantuan teknologi atau sistem kecerdasan buatan.
7. Privasi Kanak-kanak
Sekiranya anda memberikan maklumat mengenai kanak-kanak di dalam isi rumah anda dan mengesahkan bahawa anda adalah ibu bapa atau penjaga yang sah, kami mungkin menghubungi anda berkenaan dengan tinjauan atau aktiviti penyelidikan lain yang kami ingin mereka sertai. Kami akan sentiasa memerlukan persetujuan awal anda sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah sebelum menjemput kanak-kanak tersebut untuk mengambil bahagian dalam tinjauan atau aktiviti penyelidikan lain.
8. Memberi Ganjaran kepada Anda kerana Menjawab Tinjauan Dalam Talian
Setiap kali anda melengkapkan tinjauan sebelum tarikh tutup, anda akan menerima mata ganjaran atau ganjaran lain setelah selesai atau anda akan dimasukkan ke dalam cabutan hadiah. Jenis dan nilai ganjaran atau cabutan hadiah mungkin berbeza-beza mengikut kesukaran tinjauan, kepanjangan atau elemen lain yang serupa.
Jika anda meminta keahlian Panel anda untuk ditamatkan, anda perlu menebus kesemua mata ganjaran bonus anda dan menukarkannya dengan baucar sebelum penamatan/ketidakaktifan keahlian, jika tidak, anda akan kehilangan baki mata ganjaran dan akaun mata ganjaran anda akan dipadamkan secara automatik.
Mungkin terdapat keadaan apabila mata ganjaran untuk tinjauan yang baru dilengkapkan tidak muncul serta-merta dalam akaun anda. Di dalam kes sedemikian, mata ganjaran akan ditambahkan ke akaun anda kemudian.
Ipsos berhak, pada bila-bila masa, untuk melaksanakan tempoh pengesahan (maksimum 96 jam), di mana ganjaran anda akan diletakkan pada status "Ditunda". Di dalam tempoh ini, kami akan menjalankan kawalan kualiti dan pemeriksaan pencegahan penipuan. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang sebarang tempoh menunggu yang terpakai kepada anda, melalui bahagian Soalan Lazim di laman web Ahli Panel atau melalui cara komunikasi lain, seperti dalam Seksyen 13 di bawah. Ahli Panel yang baru berdaftar sentiasa perlu menunggu 96 jam dari masa melengkapkan pendaftaran mereka sebelum sebarang ganjaran akan dikeluarkan daripada status "Ditunda". Anda akan melihat mesej pengesahan apabila proses pendaftaran anda selesai.
Apabila sejumlah bilangan Ahli Panel yang diperlukan telah menjawab sesuatu tinjauan, atau anda sebenarnya tidak sesuai dengan profil, Ipsos atau kliennya mempunyai hak untuk menamatkan tinjauan pada mana-mana peringkat dan tidak mengumpul jawapan selanjutnya. Di dalam keadaan sedemikian dan bergantung pada peringkat yang dicapai di dalam mana-mana tinjauan, sejumlah yang dikurangkan atau tiada mata ganjaran akan diberikan.
9. Kuki, Cap Jari Digital, Data Peranti dan Maklumat Lain pada Peranti Anda
Ipsos komited kepada bidang-bidang berikut:
- Memastikan tinjauan dihantar dalam bentuk yang munasabah dan sesuai dengan peranti anda.
- Membantu dalam memberikan sokongan kepada anda sekiranya anda menghadapi kesukaran mengakses atau melengkapkan tinjauan.
- Menggunakan maklumat tanpa nama sekiranya sesuai untuk tujuan penyelidikan. Sebagai contoh, untuk menentukan peratusan Ahli Panel yang menggunakan jenis penyemak imbas tertentu di negara tertentu.
Sebab mengapa kami menggunakan langkah-langkah di bawah diterangkan dengan lebih terperinci di dalam Dasar Privasi kami.
Kuki
Seperti yang dinyatakan dengan lebih terperinci di dalam Dasar Kuki kami, kami menggunakan pelbagai jenis kuki dan mungkin juga membaca kuki yang ditetapkan oleh pihak ketiga. Dengan persetujuan awal anda, kuki digunakan untuk tujuan statistik, perfungsian, kawalan kualiti, pengesahan, pencegahan penipuan dan kawalan penipuan. Ketahui lebih lanjut mengenai Dasar Kuki kami.
Cap Jari Digital
Kami juga menggunakan teknologi cap jari digital, juga dikenali sebagai "Pengenalan Mesin", cap jari digital, untuk mengumpulkan maklumat tertentu tentang perkakasan dan perisian peranti anda.
Data Peranti dan Maklumat Lain pada Peranti Anda
Kami juga mungkin menggunakan maklumat tertentu tentang perkakasan dan perisian yang terdapat pada peranti anda untuk tujuan kawalan kualiti dan pencegahan penipuan. Kami juga secara automatik mengambil maklumat tentang alamat IP anda, data lokasi, sistem pengoperasian, tetapan paparan skrin, jenis penyemak imbas dan sama ada peranti anda mempunyai kamera web.
10. Notis Kerahsiaan
Sebagai peserta penyelidikan, anda mungkin diminta untuk menilai konsep, produk dan pembungkusan baharu yang masih dalam pembangunan atau belum dilancarkan dan, oleh itu, tidak diketahui oleh orang ramai. Anda mungkin berhubung dengan, dibenarkan melihat, menggunakan atau sebaliknya mempunyai akses kepada maklumat atau kandungan/bahan bukan awam, sulit, proprietari atau rahsia perdagangan tertentu yang merupakan hak milik tunggal dan eksklusif Kumpulan Ipsos dan/atau klien yang berkaitan dengan Ipsos, termasuk, tanpa had, maklumat berkenaan dengan produk klien (secara kolektif, "Maklumat Sulit"). Anda dengan ini bersetuju untuk melindungi kerahsiaan dan kesulitan Maklumat Sulit tersebut dan anda tidak boleh mengubah suai, menyalin, mencetak, menyimpan, menghasilkan semula, menerbitkan semula dengan mengajukan, mengedar, mengubah, mengatur balik atau mendedahkan kepada sesiapa sahaja dengan apa-apa cara, Maklumat Sulit yang akan anda akses, dan anda tidak boleh menggunakan Maklumat Sulit untuk tujuan selain daripada tujuan ia didedahkan kepada anda. Anda bersetuju dan mengakui bahawa Maklumat Sulit dilindungi dan tertakluk kepada peraturan, undang-undang, serta hak dan pemilikan harta intelektual.
11. Harta Intelek
Ipsos dan mana-mana entiti dalam Kumpulan Ipsos akan memiliki dan mengekalkan pemilikan eksklusif tanda dagangan, logo, patennya, hak cipta, sebarang kandungan laman webnya dan hak Harta Intelek lain ("IP Ipsos"). Anda tidak boleh mengubah suai, menggunakan atau mengeluarkan semula mana-mana Harta Intelek (IP) Ipsos tanpa persetujuan bertulis awal daripada Ipsos/mana-mana entiti berkaitan dengan Kumpulan Ipsos dan anda tidak boleh menyewa, memajak, meminjamkan, menjual, mengedar atau mencipta karya terbitan berdasarkan laman web/aplikasi mudah alih Ipsos atau Harta Intelek (IP) Ipsos, secara keseluruhan atau sebahagiannya. Tiada apa-apa dalam Terma dan Syarat ini boleh ditafsirkan sebagai memberikan anda sebarang lesen, hak, gelaran atau kepentingan dalam mana-mana Harta Intelek (IP) Ipsos, atau mana-mana paten, tanda dagangan, hak cipta, pengetahuan, atau hak yang serupa sekarang atau pada masa hadapan dimiliki atau dikawal oleh Ipsos atau mana-mana entiti dalam Kumpulan Ipsos.
12. Idemniti dan Batasan Liabiliti
Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahankan dan tidak memudaratkan Ipsos dan setiap pegawai, rakan kongsi, klien, pengurus, pekerja, ejen dan peguam masing-masing, daripada dan terhadap apa-apa dan kesemua liabiliti, tuntutan, tindakan, saman, prosiding, penghakiman, denda, ganti rugi, kos, kerugian dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman yang munasabah, kos mahkamah dan/atau kos penyelesaian) yang timbul daripada atau berkaitan dengan: (i) keahlian anda dalam Panel, (ii) penyertaan anda dalam tinjauan atau aktiviti penyelidikan lain yang dijalankan oleh Ipsos, (iii) sebarang tuntutan pihak ketiga, atau (iv) sebarang pelanggaran oleh anda terhadap Terma dan Syarat ini.
Sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang atau menghina yang disebabkan oleh anda semasa keahlian anda dalam Panel atau penyertaan anda dalam tinjauan atau aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh Ipsos, yang mungkin dianggap sebagai pelanggaran undang-undang jenayah dan/atau sivil akan memberi hak kepada Ipsos untuk mendapatkan semua remedi dalam hal ini setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan ekuiti. Ipsos menafikan sebarang waranti, nyata dan tersirat, yang berkaitan dengan keahlian anda dalam Panel dan penyertaan anda dalam tinjauan atau aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh Ipsos dan Ipsos tidak akan mempunyai sebarang liabiliti (termasuk tanpa had liabiliti untuk sebarang kerosakan tidak langsung, khas, sampingan atau berbangkit), kepada anda atau mana-mana pihak ketiga, untuk keahlian anda dalam Panel dan penyertaan anda di dalam tinjauan atau aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh Ipsos.
Anda akan membebaskan dan selamanya melepaskan Ipsos, klien Ipsos, setiap syarikat gabungan mereka, dan setiap pegawai, pengarah, pemegang saham, pekerja dan ejen masing-masing daripada dan terhadap semua tuntutan, tuntutan mahkamah, punca tindakan, permintaan, kerugian, liabiliti, kewajipan, penghakiman, ganti rugi, kos dan perbelanjaan dalam apa jua bentuk (termasuk yuran guaman yang munasabah) ("Kerugian") timbul secara langsung atau tidak langsung daripada sebarang kecederaan, kematian, kerosakan harta benda atau kerosakan lain yang dialami atau didakwa dialami oleh anda akibat pengedaran, penjualan, penggunaan atau sentuhan dengan produk berkaitan dengan sebarang ujian produk dan penyelidikan penilaian. Ini tidak terpakai kepada sebarang Kerugian yang mungkin disebabkan oleh kecuaian besar klien Ipsos atau Ipsos atau sebarang liabiliti oleh mereka di bawah liabiliti produk atau undang-undang perlindungan pengguna yang berkenaan.
13. Syarat Penyertaan
Ipsos berhak , pada bila-bila masa, untuk mengubah "Terma dan Syarat" ini di atas satu atau beberapa sebab berikut:
- meningkatkan keselamatan Ahli Panel;
- meningkatkan kefungsian Panel;
- memerangi sebarang jenis penyalahgunaan atau penipuan yang berkaitan dengan penggunaan Panel;
- memperkenalkan fungsi tambahan Panel, di mana penggunaan perkhidmatan atau fungsi ini akan menjadi sukarela;
- perubahan dalam peruntukan undang-undang yang terpakai secara umum yang mempunyai kesan langsung ke atas kandungan Terma dan Syarat.
Ahli Panel akan dimaklumkan tentang setiap perubahan dengan perletakkan maklumat di halaman utama dan melalui pemberitahuan yang dihantar melalui mel elektronik, yang mengandungi ringkasan perubahan yang dilakukan kepada Terma dan Syarat. Kami juga boleh memaklumkan anda tentang sebarang kemas kini dan/atau perubahan melalui bahagian Soalan Lazim Panel.
Sebarang perubahan sedemikian akan berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan oleh Ipsos, tetapi tidak lebih awal daripada 15 hari dari pemberitahuan perubahan tersebut, melainkan diperuntukkan sebaliknya oleh undang-undang yang berkenaan. Ipsos boleh mengubah Terma dan Syarat tanpa mematuhi tempoh notis 15 hari yang dinyatakan di atas, termasuk penguatkuasaan serta-merta, sekiranya:
- ia tertakluk kepada kewajipan undang-undang di mana ia terpaksa mengubah Terma dan Syarat dengan cara yang menghalangnya daripada memenuhi tempoh notis;
- ia perlu, secara khasnya, untuk mengubah Terma dan Syarat untuk memerangi ancaman yang tidak dijangka dan pantas yang berkaitan dengan perlindungan penggunaan Panel, pengantaraan atau perlindungan Ahli Panel terhadap penipuan, perisian hasad, spam, pelanggaran keselamatan data peribadi atau ancaman keselamatan siber lain dan situasi lain yang serupa.
Untuk membangunkan Panel dengan lebih maju, Ipsos boleh memperkenalkan fungsi baru, tanpa melanggar hak Ahli Panel.
Jika anda tidak bersetuju dengan kandungan perubahan yang dibuat kepada Terma dan Syarat, anda mempunyai hak untuk menamatkan akaun Panel anda pada bila-bila masa.
Dari semasa ke semasa, kami mungkin menghubungi anda melalui e-mel, SMS atau komunikasi elektronik lain untuk tujuan pentadbiran akaun, serta melalui surat berita e-mel atau pengumuman khas yang mengandungi maklumat penting yang berkaitan dengan aktiviti keahlian Panel anda dan kemas kini Panel utama ("Kemas Kini Keahlian").
Kami juga boleh menghantar komunikasi e-mel, SMS atau komunikasi elektronik lain kepada anda tentang (i) ganjaran yang mungkin anda layak melalui penyertaan anda dalam tinjauan kami, dan (ii) kempen jalinan Panel baharu yang kami ada mengenai ganjaran (baharu) Panel dan/atau penebusan (secara kolektif dinamakan "Kemas Kini Jalinan"). Menerima mana-mana Kemas Kini Jalinan ini adalah pilihan dan anda boleh memilih untuk keluar/ikut serta secara berasingan daripada Kemas Kini Jalinan pada bila-bila masa dengan menggunakan pautan berhenti melanggan yang disediakan dalam komunikasi tersebut.
Di dalam sesetengah kes, tinjauan individu mungkin tertakluk kepada syarat tambahan yang akan dimaklumkan kepada anda pada permulaan tinjauan tersebut. Anda tidak akan diwajibkan untuk menerima syarat tambahan tersebut; walau bagaimanapun, ini boleh menjejaskan kelayakan anda untuk tinjauan tersebut.
14. Penamatan/Ketidakaktifan Keahlian
Anda boleh meminta pada bila-bila masa untuk keahlian anda ditamatkan dan menarik diri daripada Panel. Anda boleh melakukan ini sama ada dengan menghantar e-mel kepada [email protected] atau dengan mengklik pada pautan yang betul pada papan pemuka akaun Panel dalam talian anda atau dengan mengklik pada pautan yang berkaitan di dalam mana-mana jemputan tinjauan yang diterima daripada kami. Sila ambil perhatian bahawa ia mungkin mengambil masa sehingga lima (5) hari untuk memproses sepenuhnya permintaan anda dan mengalih keluar maklumat perhubungan anda daripada semua sistem kami, jadi anda mungkin masih menerima komunikasi berkala daripada Ipsos pada masa ini. Selain itu, kami akan menyimpan maklumat sehingga had yang dinyatakan dalam Seksyen 9 pada Dasar Privasi kami . Jika anda meminta untuk berhenti melanggan Panel, anda perlu menebus kesemua mata ganjaran bonus anda dan menukarkannya dengan baucar sebelum berhenti melanggan, jika tidak, anda akan kehilangan baki mata ganjaran dan akaun mata ganjaran anda akan dipadamkan secara automatik.
Ipsos berhak untuk menamatkan keahlian Panel anda dengan segera, tanpa notis, untuk sebarang kelakuan yang berada di luar parameter kualiti atau objektif perniagaan kami, atau sebarang pelanggaran atau pencabulan lain terhadap Terma dan Syarat ini, Dasar Privasi Panel kami atau peraturan tinjauan yang berkaitan.
Ipsos juga mempunyai hak untuk menyahaktifkan akaun kerana tingkah laku penipuan atau menyalahi undang-undang. Jika akaun anda ditandakan kerana penipuan atau tingkah laku lain yang bertentangan dengan piawaian atau keperluan Ipsos, kami akan memberitahu anda menggunakan maklumat perhubungan daripada akaun anda. Penamatan keahlian Panel anda disebabkan tingkah laku penipuan atau pelanggaran serius terhadap Terma dan Syarat ini, Dasar Privasi Panel atau peraturan tinjauan boleh mengakibatkan pelucuthakan serta-merta semua ganjaran atau mata ganjaran yang terakru. Di dalam kes yang sedemikian, tiada ganjaran atau mata ganjaran di dalam akaun yang telah dinyahaktifkan, termasuk yang berada di dalam status "Ditunda", akan boleh ditebus oleh Ahli Panel yang berunsur penipuan.
Penggunaan akaun Ahli Panel oleh individu selain daripada Ahli Panel boleh dianggap sebagai penggunaan yang tidak dibenarkan dan boleh dijadikan sebab untuk penamatan serta-merta dan pelucuthakan semua ganjaran dan/atau mata ganjaran yang dikumpulkan.
Ipsos berhak untuk memadamkan Ahli Panel yang tidak aktif daripada Panel. Hal ini bermakna menamatkan keahlian Ahli Panel jika Ahli Panel tidak mempunyai sebarang aktiviti Panel sama sekali atau tidak menjawab sebarang jemputan tinjauan (dengan mengklik mana-mana pautan tinjauan) selama lebih daripada dua belas (12) bulan. Ipsos akan memaklumkan kepada anda tentang penamatan tersebut dan anda akan mempunyai tiga puluh (30) hari untuk menebus sebarang baki mata ganjaran, atau mengaktifkan semula akaun anda, jika tidak, akaun mata ganjaran tersebut akan dilucuthakkan dan dipadamkan sepenuhnya.
15. Bidang kuasa
Terma dan Syarat ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah Malaysia.
16. Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut tentang Panel kami, keahlian Panel atau maklumat lain yang berkaitan dengan kami, sila hubungi Pasukan Sokongan Panel kami. Mereka boleh dihubungi dengan cara:
E-mel dihantar ke: [email protected] bersama "Panel Ipsos iSay" ditulis sebagai baris subjek
Atau melalui surat yang dihantar kepada:
Rujukan: Panel Ipsos iSay
Pasukan Sokongan Panel
Ipsos Sdn Bhd
23rd Floor, Centrepoint North,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.